MENGAPA ORANG MELAYU DAN ISLAM PERLU TOLAK DAP?



DAP terkenal sebagai parti pemerintah yang mempunyai agenda politik tersendiri untuk menguasai negara tetapi DAP lebih memihak menjaga kepentingan Cina. Orang Melayu dan Islam seharusnya menolak dan menentang DAP habis-habisan. DAP sewenang-wenangnya menghina dan memperlekehkan agama Islam. Hakikat sebenar-benarnya DAP adalah musuh Islam yang nyata.

Terlalu banyak sebab mengapa orang Islam dan Melayu seharusnya menolak DAP. Di antara sebab-sebanya adalah seperti berikut:

1. DAP tidak menggalakkan perkongsian perniagaan dengan bangsa lain selain Cina, DAP enggan memberikan tunjuk ajar dan kepakaran mereka kepada bangsa lain, DAP melarang bangsa lain menerajui parti selain Cina dan DAP sakit hati jika bangsa Melayu dan India menjadi lebih kaya.

2. DAP mahukan India dan Melayu kekal sebagai pekerja bawahan , DAP enggan menggalakkan atau menyokong bangsa Cina menjadi prebet, konstabel polis atau menjadi kakitangan awam kerajaan. 
Kita sememangnya tidak dapat menafikan bilangan orang Cina dalam kakitangan awam dan pasukan beruniform seperti polis dan tentera sangatlah sedikit kerana kurangnya promosi dan galakkan daripada parti politik yang dipelopori bangsa berkenaan khususnya DAP.

3.DAP melarang bangsa Cina menyewakan premis perniagaan atau rumah kepada Melayu dan India dan DAP melarang bangsanya bekerja di bawah Orang Melayu dan India.

4. DAP adalah sebuah parti anti Melayu daripada rangka kepimpinan parti berkenaan kelihatannya ia sebenarnya diasaskan untuk dikuasai oleh kaum Cina.

5. DAP berjaya mengumpulkan kumpulan Melayu dan NGO yang memberanikan diri untuk menunjukkan sikap anti Islam sehingga menyentuh perlembagaan tanpa menghormati sensitiviti kaum. DAP yang menyebabkan kepada ketegangan hubungan kaum dan mereka sememangnya tidak patut menyokong DAP lagi.

6. Pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah . Mereka diam. Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam.

7. Tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

8. Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’

9. DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang.

10. DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid.

11. DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM

12.DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

13. DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

14. DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak.

Kesimpulannya DAP adalah musuh umat Islam dan merekalah yang merosakkan imej agama Islam dan bangsa Melayu, Kita seharusnya sedar akan semua ini dan pastikan jangan sampai DAP berjaya mengambil alih pentadbiran dan pucuk pimpinan negara kita. Jadi berilah sokongan yang padu dan kuat kepada kerajaan sedia ada sekarang ini.

Comments