MAT SABU PRESIDEN PARTI YANG TIADA PENDIRIAN BERHUBUNG ISU MEMALI



Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu bagaikan manusia talam dua muka yang tiada pendirian. Satu ketika dahulu, Mat Sabu adalah seorang pemimpin politik yang cukup lantang menghentam kerajaan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan isu Memali.

Ada sahaja kenyataan yang dikeluarkan olehnya bagi menggambarkan kekejaman Dr Mahathir dalam menangani isu membabitkan pertumpahan darah di Kampung Memali, Baling, Kedah.

Boleh dikatakan, setiap kali dia mengadakan ceramah, dia akan selitkan kisah insiden Memali dan sedaya upaya menuntut Dr Mahathir dan kerajaan memohon maaf kepada semua waris mangsa yang terlibat. Sehinggakan, dia sanggup menubuhkan satu tabung Memali bagi mengutip derma kononnya untuk diserahkan kepada waris mangsa Memali.

Pelik tapi benar, apabila Dr Mahathir sudah menyertai Pakatan Harapan dan sekapal dengan Mat Sabu, perubahan mendadak yang berlaku dalam diri Mat Sabu amat luar biasa sekali sehingga membuatkannya senada dengan Pengerusi Pakatan Harapan tersebut seolah-olah dipukau Dr Mahathir.

Berhubung dengan isu Memali yang melibatkan Dr Mahathir baru-baru ini, Amanah menyerahkan kepada budi bicara Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir sama ada untuk meminta maaf atau sebaliknya dalam insiden Memali, yang berlaku lebih tiga dekad lalu.

Presidennya, Mat Sabu berkata, dia membiarkan Dr Mahathir untuk membuat keputusan sendiri kerana dia sendiri tidak dapat memberikan jawapan untuk pihak Dr Mahathir. Menurutnya, terserah kepada dia. Dia orang yang bijak!

Perlu diingatkan di sini, dahulu Mat Sabu menggunakan isu ini untuk menyerang Dr Mahathir? Dahulu juga Mat Sabu mendakwa Dr Mahathir dalang disebalik serangan pada waktu Subuh berkenaan? Paling utama, bukankah Mat Sabu pernah berkata, dia sanggup mempertaruhkan nyawanya demi membela nasib semua waris mangsa Memali dahulu? Apa sudah jadi dengan Mat Sabu, kini lidah jadi kelu bila Dr Mahathir bersama Pakatan Harapan.

Comments