Malaysia Diberi Kepercayaan Untuk Melakukan Pra Pelepasan Haji Oleh Arab Saudi



Pengurusan Jemaah Haji Malaysia di Arab Saudi adalah yang terbaik daru dulu hingga kini membolehkan Malaysia antara negara pertama diberi kepercayaan oleh Arab Saudi untuk melakukan Pra Pelepasan (Pre Clearence) jemaah haji di Malaysia.

Program itu membolehkan jemaah tidak perlu melalui pemeriksaan pasport dan kastam setibanya di Jeddah berikutan proses itu sudah dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada permulaan untuk bakal haji pada tahun ini, sebanyak 7 penerbangan terlibat dengan program ini dimana para jemaah haji tidak perlu beratur panjang selama 5 jam lebih untuk mendaftar masuk ke Arab Saudi.

Manakala reaksi yang diperolehi dari jemaah haji Malaysia yang terlibat mereka merasa amat berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan kerajaan Arab Saudi itu. Mereka berharap inovasi berkenaan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Mereka turut sangat teruja dan memuji inisiatif yang dilakukan kerajaan Arab Saudi itu kerana ia dapat mempercepatkan dan memudahkan pergerakan mereka di lapangan terbang di negara berkenaan.

SEMOGA JASA BAIK KERAJAAN ARAB SAUDI DAPAT DIBALAS DENGAN DISIPLIN YANG BAIK DARI JEMAAH HAJI DI SANA.

SELAIN ITU, SEMOGA HUBUNGAN BAIK YANG TERJALIN ANTARA KEDUA-DUA NEGARA TERUS BERKEKALAN SAMPAI BILA-BILA.

Comments