Sudah tiba masanya kerajaan dan rakyat ingin mengetahui sejauhmana amanahnya Mahathir mentadbir selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri.
Pemimpin yang selama ini disanjung rakyat sehingga diberi gelaran tokoh negarawan sudah mula tercalar kredibilitinya dengan beberapa siri pembongkaran secara rasmi melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berhubung siasatan kerugian Forex.
PEKONG Mahathir bakal dibuka dan kerakusannya bakal diselak secara sistematik oleh para pegawai suruhanjaya yang dilantik dengan mendapat perkenan dari YDPA.
Ada juga desakan dari NGO dan parti politik yang mahu RCI juga dibuka ke atas insiden MEMALI yang banyak mengorbankan Polis dan orang awam.
Adakah segala keputusan siasatan itu nanti dapat memuaskan hati beberapa pihak yang ada kepentingan atas isu tersebut? Mungkinkah juga keputusan RCI tersebut bakal membawa perubahan yang drastik terhadap arah sokongan rakyat terhadap sesuatu parti yang bakal bertanding dalam PRU14 nanti?
Sebagai sebuah kerajaan yang adil dan terbuka di bawah kepimpinan Dato Seri Najib, tindakan membuka siasatan RCI ini adalah wajar dan tepat pada waktunya.
Mahathir dan konco-konconya serta kroninya tidak perlu takut dengan siasatan ini. Sekiranya tidak bersalah dan jujur dalam pemerintahan selama 22 tahun itu, Mahathir tidak perlu cemas.
Mahathir tidak perlu gelabah dengan mengganggu prosiding mahkamah dengan menggunakan peguamnya menghalang sebarang tindakan untuk memanggil saksi dan mendapatkan bukti dari Bank Negara dan pihak yang mempunyai authority atas siasatan tersebut.
YANG DALAM PENJARA (ANWAR IBRAHIM) PUN TURUT GELABAH APA CER!!!!
Comments
Post a Comment