MAHATHIR JANJI NAK BAGI KELANTAN ROYALTI MINYAK, KENAPA BARU SEKARANG CAKAP? KENAPA DARI DULU MAHATHIR TAK BAGI ROYALTI MINYAK PADA KELANTAN?



Semasa Barisan Nasional di bawah Mahathir memerintah Kelantan, bermula pada tahun 1983 Kerajaan Kelantan telah mendedahkan penemuan minyak di kawasan kedaulatan Kelantan. Pada masa itu, Kerajaan Kelantan telah menyediakan 400 ekar tanah bagi tujuan mendaratkan petroleum milik Kelantan. Gas ini dapat didaratkan di negeri Kelantan kerana Kelantan telah menyediakan zon industri petroleum di Bachok seluas 4000 ekar sejak tahun 1990-an lagi.

Persoalannya mengapa kerajaan di bawah pimpinan Mahathir menggadaikan semua dengan mendaratkan hasil petroleum milik Kelantan itu ke Songkhla, Thailand sebelum ia disalurkan ke Kedah melalui paip? Syarikat di mana anak kepada Mahathir yang juga Penasihat Petronas, Sapura Kencana dilaporkan membuat dua makluman kepada bursa saham pada 1 November 2012, yang pertamanya anak syarikat milik penuhnya Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.

Satu lagi pemakluman yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia, yang dikatakan 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.

Bagaimana anak boleh mendapat tender ini dari Petronas yang bapanya adalah penasihat?

Dengan jarak hanya 150km dari pantai Kelantan, bukan berada di kawasan tindihan Thailand, milik Kelantan sepenuhnya, siapakah dalang sebenar yang menghalang Petronas dari mematuhi perjanjian royalti, yang ditandatangani oleh Petronas dan Kelantan pada 9 Mei 1975?

Bukan setakat royalti sahaja yang disekat oleh Mahathir, malahan banyak projek pembangunan persekutuan disekat untuk dilaksanakan di bumi Kelantan ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri. Tetapi kini Mahathir mahu menarik sokongan dan undian daripada rakyat Kelantan dengan memberikan janji-janji manis bahawa Kelantan akan mendapat royalti minyak.

Orang Kelantan janganlah terpedaya dan terpengaruh dengan pemimpin pembangkang seperti Mahathir yang hanya mampu memberikan janji-janji manis untuk mendapatkan sokongan rakyat PAS dan berjuang untuk royalti yang sekian lamanya dan kini baru Mahathir mahu bercakap pasal royalti.

Kesimpulannya orang terdesak seperti Mahathir sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan agenda politik dan kepentingan peribadi beliau tercapai. Rakyat Kelantan perlu ingat janji Mahathir ini sama sekali tidak boleh dipakai kalau benar Mahathir mahu beri royalti minyak kepada orang Kelantan, dari dulu Mahathir sudah laksanakan.

Comments