LIM KIT SIANG MINTA SIASAT KERUGIAN FOREX SEJAK 2013 LAGI



DAP sebelum berkawan dengan Madey berapi-api nak minta RCI skandal Forex ditubuhkan.

Tapi bila Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ditubuhkan dan mendapat perkenan Agong, DAP diam seribu bahasa.

Adakah sekarang ini Lim Kit Siang dan kepimpinan DAP yang lain sedang bertepuk tangan dengan siasatan yang sedang berjalan terhadap Mahathir dan Anwar Ibrahim?

Adakah mereka sudah tahu apa kesudahan cerita siasatan tersebut?

Jika Mahathir didapati bersalah dan diambil tindakan undang-undang DAP akan menjadi boss besar kepada Pakatan Harapan menuju ke PRU-14 nanti.

Siasatan RCI Forex ini diberi masa selama 3 bulan sehingga 13 Oktober 2017 untuk melengkapkan siasatannya. Manakala laporan lengkap RCI perlu dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong selepas tempoh 3 bulan yang diperuntukkan.

Suruhanjaya selewat-lewatnya akan menghantar dokumen pada bulan Disember 2017 dan segala tindakan susulan akan menyusul sebelum menjelang PRU-14 akan datang.

Memang panas dan bahang tersebut telah dirasai dari permulaan Suruhanjaya RCI diluluskan barisan Kabinet Malaysia.

Comments