KRISIS AIR DI SELANGOR


Apabila air yang dicatu makin kritikal memang tidak mustahil rakyat Selangor terpaksa membeli air minuman untuk membasuh pinggan mangkuk. Sudah tentu ini akan jauh lebih mahal dari air paip yang kita bayar kepada Syabas. Krisis air yag berterusan di Selangor sebenarnya sudah sampai ke peringkat yang mendatangkan kebencian rakyat terhadap pentadbiran pakatan pembangkang. Tidak kira samada mereka penyokong pakatan, perasaan meluat tetap meluap kerana terpaksa menanggung kesusahan ekoran catuan air.

Namun sikap pakatan pembangkang yang cuba menyalahkan Barisan Nasional dalam isu air ini amat keterlaluan. Rakyat perlu tahu bahawa krisis air yang meruncing ini akibat daripada kedegilan dan sikap “bodoh sombong” pakatan pembangkang. Ini merupakan realiti.

Akibat dari sikap mahu “tunjuk kuasa” bahawa pakatan pembangkang berkuasa dan memerintah Selangor maka Kerajaan Pakatan Selangor telah menolak dengan berbagai alasan untuk melaksanakan projek Langat 2.

Projek Langat 2 adalah projek dari Kerajaan Persekutuan bagi membina Loji Rawatan Air Langat 2. Kapasiti air terawat sedia ada dan projek mitigasi yang telah diluluskan hanya dapat menampung permintaan sehingga 2016 sahaja. Oleh itu penangguhan pembinaan komponen Langat 2 dan sistem agihan air yang sepatutnya dimulakan pada 2010 akan menyebabkan penambahan kapasiti air terawat bagi menampung kekurangan air pada 2014 tidak dapat dipenuhi.

Walaupun ia adalah pilihan terbaik dari segi kewangan, teknikal dan sosial bagi memastikan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air yang mencukupi sehingga 2020 namun atas keegoaan melampau pakatan pembangkang mereka telah menentang habis-habisan projek untuk rakyat ini.

Comments