KIT SIANG TUDUH HADI AWANG TERLIBAT DALAM KES MEMALI UNTUK BODEK MAHATHIR



Kit Siang menjual nama Haji Hadi dan menuduh tragedi Memali pada tahun 1985 semuanya berpunca daripada Amanat Haji Hadi. Dakwaan Kit Siang ini hanyalah berunsur politik tanpa bukti dan fakta. Daripada Kit Siang buat tuduhan yang tidak masuk akal itu, adalah lebih baik Kit Siang ingat semula tragedy 13 Mei 1969 adalah disebabkan perbuatan DAP yang fanatik dan bersikap perkauman dan atas sebab itulah kalau Kit Siang mahu bermain politik sekalipun rasanya tidak perlu kerana Kit Siang seharusnya menyerahkan RCI membuat siasatan dan kita akan melihat apakah keputusannya tanpa perlu membuat sebarang tuduhan yang melulu.

Tetapi manusia seperti Kit Siang ini tidak akan puas memfitnah dan menuduh pihak lain untuk menutup keaiban dan kelemahan diri sendiri. Kit Siang kononnya mempertikaikan kewajaran penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat tragedi Memali yang berlaku lebih 32 tahun yang lalu.

Inilah buktinya Kit Siang seorang pemimpin kafir harbi yang begitu tegar memerangi Islam dan umatnya serta berusaha keras agar prinsip-prinsip Islam, amalan dan perundangan Islam tidak mendapat tempat dalam pemerintahan negara. Memang berbaloi PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP kerana parti berkenaan parti ultra perkauman yang sememangnya menentang keras pelaksanaan perundangan Islam di Malaysia.

Kit Siang dan DAP terdesak melakukan semua ini setelah melihat kerjasama UMNO yang membantu Hadi Awang membuatkan DAP dan Lim Kit Siang semakin gusar dan berada dalam keadaan ketakutan dan kerisauan. Sekaligus menyebabkan Lim Kit Siang gementar dan takut sekiranya benar-benar desas desus kerjasama PAS dan UMNO akan menjadi kenyataan. DAP dan Lim Kit Siang cuba menunjukkan sedikit kemesraan ke atas PAS dan Hadi Awang walaupun pada masa yang sama, mereka sedang dengan giatnya menjalankan kempen menggulingkan dan menumpaskan Hadi Awang daripada jawatan Presiden PAS.

Kesimpulannya, Kit Siang dan DAP sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan dan menumpaskan musuhnya asalkan dapat mencapai kepentingan dan agenda peribadi beliau sendiri. Itulah Kit Siang manusia yang tidak mempunyai hati perut dan penuh dengan kezaliman untuk menjatuhkan sesiapa sahaja yang menentang beliau dengan cara apa sekalipun.

Comments