KINI PAKATAN HARAPAN BERTUANKAN KEPALA PEROMPAK



Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan pernah melabel Dr. Mahathir sebagai Kepala Perompak ketika Mahathir mentadbir kerajaan selama 22 tahun kerana banyak terlibat dengan skandal ‘melarikan duit negara’ ketika menjadi Perdana Menteri. Malah Mahathir juga sering kali mencetuskan kontroversi politik yang mengakibatkan pihak pembangkang naik gila ketika dia berkuasa.

Perlu diingatkan balik bahawa pemimpin pembangkang yang lantang mengkritik Mahathir di waktu kegemilangannya adalah seperti Lim Kit Siang, Azmin Ali, Wan Azizah, Mat Sabu dan ramai lagi. Mengikut rekod dan sejarah, ramai pemimpin-pemimpin pembangkang tidak suka dan membencinya. Menurut mereka, Mahathir adalah seorang yang bijak, dia dipanggil ketua perompak kerana dia tahu di mana emas dan barang-barang rompakan disembunyikan, dia tahu sebab dulu dia kepala.

Perkara yang lebih mengerunkan semua adalah cara dia menutup dan menyembunyikan kehilangan berbilion-bilion ringgit melibatkan skandal pada zaman dia dengan isu BMF, MamingCo, Perwaja dan banyak lagi. Ketika pemerintahannya isu skandalnya ditutup tanpa sebarang siasatan khas yang mencetuskan tanda tanya kepada pemimpin dan rakyat bahawa Mahathir menggunakan kuasanya untuk menutup kelemahannya.

Pelik tapi benar, ahli politik pembangkang yang sering mengecam Mahathir iaitu Mat Sabu kini seperti menjilat kembali ludahnya kerana dahulu Mat Sabu mengecam Mahathir sebagai Kepala Perompak. Kali ini Mat Sabu sudah tunduk kepada Kepala Perompak dan terpaksa menurut arahan perompak yang memegang jawatan tertinggi dalam Pakatan Harapan. Ini kerana pada satu ceramah politik di Pulau Pinang, Mat Sabu melabel Dr Mahathir sebagai Ketua Perompak!

Mat Sabu turut menceritakan kisah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zauniddin yang disifatkan sebagai paling berkuasa ketika zaman pemerintahan Mahathir. Menurutnya, yang paling berkuasa dahulu ialah Daim Zainuddin sehingga kalau dia batuk saham boleh jatuh dan bila dia menguap saham naik. Maksudnya bila dia kenyang selepas merompak hasil negara saham naik dan bila dia batuk akan menyebabkan saham jatuh.

Jelas di sini, pihak pembangkang sebenarnya tidak menghiraukan sejarah dan apa-apa hal yang telah dilakukan oleh Mahathir terhadap negara ketika 22 tahun dia memerintah negara ini. Yang penting, kedua-dua pihak mahu mempergunakan peluang yang ada sesama mereka demi mencapai politik rakus mereka. Jesteru itu tidak mustahil, pembangkang kini tiada pilihan lain selain untuk menyembah 'Ketua Perompak' bagi mencapai matlamat mereka untuk menguasai negara dengan cara jijik.

Comments