KETUA AMK KELANTAN DIPECAT, PAKATAN HARAPAN HURU HARA DAN KUCAR KACIR


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran dipecat daripada jawatan beliau. Pemecatannya itu hanya diketahui menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar oleh Ketua AMK Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad. Dalam WhatsApp yang diterima mengatakan bahawa beliau dipecat serta merta tanpa menyatakan sebarang sebab dan kesalahan yang beliau pernah lakukan sebelum ini.

Pemecatan Ketua AMK Kelantan ini membuktikan isu pimpinan dalam PKR sentiasa menghantui parti serpihan UMNO ini memandangkan dengan barisan kepimpinan yang dipilih oleh ahli, tetapi setiap percaturan tindakan dan penetapan polisi dilakukan oleh Ketua segala bapa PKR siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim di sebalik tirai besi Istana Sungai Buloh dan juga masalah yang dihadapi oleh beberapa pemimpin PKR yang kini sedang berhadapan dengan tindakan undang-undang tidak lain tidak bukan siapa lagi kalau bukan Rafizi Ramli. Rafizi Ramli telah dijatuhkan hukuman 9 tahun penjara.

Terlalu banyak insiden negatif yang berlaku gara-gara kegagalan pemimpin-pemimpin dalam PKR mencapai kata sepakat. Parti dalam Pakatan Harapan sudah lama berada dalam dunia politik dengan mempunyai dan memiliki ahli dan pemimpin-pemimpin yang berilmu dan berkaliber tetapi sehingga sekarang masih lagi tercari-cari ruang permuafakatan pada setiap isu dan permasalahan yang mereka hadapi. Dan akhirnya mereka ini gagal mencapai matlamat sasaran parti masing-masing.

Hakikatnya setiap pemimpin dalam Pakatan Harapan tidak kira sama ada PKR, PAN dan DAP tidak mahu beralah dan keras kepala apabila melibatkan sesetengah isu sehinggkan mereka ini begitu riak dan takbur malah bermegah-megah dengan melaungkan suara-suara sumbang yang dipenuhi dengan janji-janji manis mereka untuk menawan hati rakyat dan meraih undian serta sokongan rakyat. Segala janji-janji manis adalah seperti racun dan pucuk pimpinan Pakatan Harapan dalam keadaan huru hara dan berkecamuk sebenarnya.

Pakatan Harapan punyalah mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Barisan Nasional rupa-rupanya Pakatan lagilah huru hara. Pemimpin dalam Pakatan Harapan seharusnya tahu menyelesaikan masalah dalaman Pakatan sendiri dan mereka seharusnya menyelesaikan masalah berkenaan secara professional. Tetapi nampak gayanya pemimpin dalam Pakatan Harapan sendiri tidak boleh diharapkan hanya bergendang tin kosong sahaja.

Kalau masalah yang kecil pun Pakatan Harapan tidak mampu selesaikan bagaimana mereka mahu selesaikan masalah yang kritikal dan lagi serius. Senang cerita, Pakatan Harapan belum bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang untuk menggantikan kerajaan sedia ada sekarang ini, tidak lain tidak bukan Kerajaan Barisan Nasional. Kita sendiri tidak ada sebarang keyakinan terhadap Pakatan Harapan untuk menerajui negara dengan melihat keadaan Pakatan Harapan yang kelam kabut dan huru hara serta masih lagi tidak mampu menyelesaikan masalah dan kemelut dalaman parti mereka sendiri.

Kesimpulannya kita pastikan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tokong DAP akan tewas dan tumpas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti. Kita tidak mahu pemimpin dan parti-parti berkenaan mentadbir dan mengambil alih negara kita kerana kita takut nasib anak bangsa kita akan tergadai dan merana serta sengsara di bawah Cina bangsat ultra kiasu ini.

Comments