Mengikut track record tangkapan SPRM terhadap kepimpinan kerajaan DAP Pulau Pinang, gejala rasuah di negeri pulau mutiara tersebut agak membimbangkan.
Mungkin pemimpin Pulau Pinang tidak kisah dengan rasuah kerana mereka rasa budaya tersebut lebih mesra rakan dan kroni.
Apa yang telah didedahkan tangkapan berkaitan isu rasuah di Pulau Pinang berlaku atas sikap tamak mereka sendiri, mahu jaga kawan, tidak ada pemantauan dan menganggap diri mereka kebal menyebabkan rasuah tidak diperangi secara agresif oleh kerajaan DAP.
Dari Ketua Menteri sehingga penjawat awam di Pulau Pinang semua ada rekod terpalit dengan gejala yang amat keji tersebut.
Dikhabarkan kedudukan Lim Guan Eng tergugat selepas beberapa siri tangkapan yang melibatkan barisan EXCO dan pemimpin kerajaan Pulau Pinang.
Akar umbi DAP negeri dan pusat sepatutnya bertindak tegas dengan memecat atau menukar Lim Gian Eng dan barisan kepimpinan kerajaan negeri dengan muka baru dan bebas rasuah.
DAP akan lebih hina sekiranya gejala rasuah ini tidak dibendung awal.
Comments
Post a Comment