KEKECOHAN PROGRAM NOTHING TO HIDE 2.0 ANJURAN BERSATU IBARAT KEJADIAN MINI REFORMASI 1998



Berdasarkan pengalaman bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad jelas mempunyai pengalaman politik yang luas dan sudah tentu Dr Mahathir dapat menduga apa yang bakal dihadapinya apabila menganjurkan forum terbuka seumpama itu.

Kekecohan yang berlaku dalam program Nothing to Hide 2.0 pada 13 Ogos 2017 seolah-olah seperti kekacauan yang berlaku ketika Zaman Reformasi 1998 melibatkan penahanan bekas Timbalan Perdana Menterinya, Anwar Ibrahim semasa pemerintahannya sebagai Perdana Menteri.

Namun yang demikian, kalau diamati dengan lebih jauh, adalah dipercayai kejadian kekecohan di program Nothing To Hide 2.0 itu adalah petanda jelas reaksi tidak puas hati dan marah segelintir ahli-ahli Bersatu yang marah dengan cara Dr Mahathir menjawab persoalan yang diajukan oleh hadirin.

Tidak mustahil i pengikut-pengikut anti Mahathir dari kalangan pro pembangkang yang hadir turut melempiaskan perasaan tidak puas hati mereka dengan mewujudkan suasana kecoh dalam program berkenaan sebagai tindakan untuk memberi mesej jelas kepada Dr Mahathir bahawa mereka tidak senada dengan Dr Mahathir.

Insiden keganasan yang berlaku di Shah Alam itu melibatkan kejadian lempar kasut, baling kerusi dan suar. Jelas sekali, perkara itu berlaku kerana keegoan sendiri, sibuk dengan kuasa tanpa memikirkan aspek keselamatan yang bakal berlaku dan kegagalan pihak penganjur mengawal program berkenaan dengan efektif dan berkesan.Bersatu hanya tahu menyalahkan orang lain dengan dakwaan liarnya bagi menutup pekung di dada.

Dalam situasi politik hari ini, Dr Mahathir tidak sepatutnya menganjurkan forum sebegitu kerana sudah tentu akan menimbulkan huru-hara. Apakan daya nasi sudah jadi bubur. Dr Mahathir dan Bersatu perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas insiden kekecohan yang berlaku. Kekecohan yang berlaku juga membuktikan bahawa Dr Mahathir menjadi sasaran mereka yang tidak berpuas hati khususnya dari kalangan partinya sendiri.

Comments