JOHARI ABDUL BERSENDIRIAN MENANGKIS SERANGAN DAP & TERPAKSA JADI ORANG TENGAH HADAPI KRISIS DALAMAN PKR
Johari Abdul sejak kebelakangan ini menjadi watak utama untuk menjawab segala pertanyaan wartawan dan pemberita dikala kepimpinan tertinggi PKR seolah-olah tidak ambil tahu perjalanan parti mereka.
Kisah ini bermula selepas berita pertemuan dan perbincangan antara Wan Azizah dan Azmin Ali bersama Tuan Guru Haji Hadi Awang di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Ada desas desus mengatakan bahawa Azmin Ali akan bersama PAS sekiranya beberapa permintaannya bersama Pakatan Harapan tidak dilayan oleh Tun M dan Lim Kit Siang.
Azmin Ali juga sudah tahu kedudukannya sudah tidak selamat untuk menjadi MB Selangor dan perkara yang terakhir untuk menyelamatkan kedudukannya adalah untuk memujuk PAS ataupun terus masuk ke dalam parti Islam itu.
Mungkin juga peranan yang dimainkan Azmin Ali sekarang sebagai Pengarah Pilihanraya Pakatan Harapan membolehkannya bertemu dengan mana-mana ahli politik untuk memujuk mereka menyeratai PH.
Tetapi ramai dikalangan rakan di dalam kem pembangkang telah memandang serong dengan pertemuan tersebut.
DAP dalam langkah awalnya mahu menawarkan partinya bertanding di zon tengah dan utara KEDAH dengan mengambil alih kerusi PKR.
Nasib baik ada Johari Abdul, dia juga yang bersungguh-sungguh mahu mempertahankan kerusi tersebut walaupun PKR kalah tipis kerusi tersebut pada PRU-13 yang lalu.
Bila sudah panik dengan pelbagai persoalan yang berlaku, Johari Abdul mula mempertikaikan barisan kepimpinan tertinggi PKR yang masing-masing diam membisu mengenai kerjasama yang cuba dirancang bersama PAS.
Mereka yang terlibat dalam rundingan itu perlu memberikan tarikh akhir sekiranya mahu berbincang dengan PAS kerana tarikh akhir perlu diberikan satu atau dua minggu selepas Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 1 September.
Johari Abdul tidak mahu keputusan Anggota Parlimen Selayang William Leong untuk berundur daripada Biro Politik PKR menjadi barah dalam PKR.
Pada masa yang sama PKR juga perlu menjaga hubungan mereka bersama gabungan Pakatan Harapan kerana kemungkinan kerjasama dengan PAS itu adalah bersifat peribadi dan mungkin akan menjejaskan kedudukan PKR untuk mendapatkan kerusi yang baik di dalam PH.
Comments
Post a Comment