DAP dan Kerajaan Pulau Pinang adalah sebuah parti dan kerajaan penipu kerana mereka cuba menafikan pembabitan mereka terhadap isu kilang haram di Sungai Lembu, Pulau Pinang walhal sudah ada bukti gambar satelit yang menunjukkan kilang haram dekat Sungai Lembu tu wujud selepas DAP ambil alih Pulau Pinang.
Kilang haram itu didapati beroperasi selepas pemerintahan Kerajaan DAP Pulau Pinang di mana bukti-buktinya dirungkai oleh parti Gerakan. Antara bukti penting adalah dokumen SSM yang dimiliki oleh syarikat tersebut yang bertarikh September 2006.
Gerakan juga telah menunjukkan kepada media yang mereka ada draf surat yang bertarikh Mei 2007 yang mengatakan bahawa kilang ini baru memulakan operasinya. Surat dari Ketua Kampung Sungai Lembu juga ada dipanjangkan kepada beberapa agensi Kerajaan mengenai kilang haram tersebut.
Namun yang demikian, Gerakan tidak boleh mengambil salinan surat tersebut oleh kerana Ketua Kampung, Encik Toh Bon Hoi telah meninggal dunia. Nombor rujukan surat itu ada dan salinan surat berkenaan sudah ada pada beberapa agensi dan juga pada pihak SPRM.
Lim Guan Eng yang cuba menyangkal isu ini pula hanya berlandaskan kepada bukti berita dari portal Pro-Pakatan, The Malaysia Insight yang kredibiliti diragui sebaliknya dia sebagai ketua kerajaan negeri boleh mendapatkan bukti sahih melalui hasil laporan Kerajaan Pulau Pinang dan bukannya melalui portal media.
Baru-baru ni, portal the Malaysia Insight dituduh menerbitkan maklumat palsu di mana China sudah menjual 12 artileri roket dan sistem radar yang akan dipasangkan di Johor. Laporan berita dari sumber begini lah Lim Guan Eng hendak percaya. Tindakan ini menunjukkan bahawa Lim Guan Eng adalah seorang pemimpin yang tidak cekap dan lemah.
Di samping itu juga, Lim Guan Eng cuba merujuk kepada laporan yang tidak betul bagi menyembunyikan isu sebenar daripada orang ramai dengan harapan untuk melarikan diri dan untuk mengelakkan diri daripada terus diserang oleh rakyat berhubung isu ini. Jelas sekali parti DAP adalah parti PENIPU!
Comments
Post a Comment