Mahathir dilihat gagal menjatuhkan dan menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menggunakan berbagai-bagai isu yang sengaja diciptakan dari dalam UMNO, akhirnya Mahathir mengambil keputusan yang bakal memakan diri beliau sendiri. Mahathir bukan setakat mahu menjatuhkan Najib, Barisan Nasional malah menewaskan Barisan Nasional dan meruntuhkan dominasi pemerintah bagi Kerajaan Melayu Islam di negara ini.
Tindakan Mahathir adalah dengan menubuhkan parti baru parti Pribumi Bersatu dan parti ini dipimpin oleh bekas pemimpin UMNO yang kecewa dan dianggotai ahli yang belum matang dan berpengalaman dalam dunia politik. Serangan ke atas Najib oleh Mahathir semakin menjadi-jadi sekarang ini. Memang tidak mudah untuk kepimpinan UMNO menjawab segala pertuduhan Mahathir. Siapa yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Mahathir, sudah pasti akan menempah bahana dan bencana dalam karier politik mereka kerana mereka yang menentang Mahathir terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong Mahathir yang menganggap Mahathir suci murni walaupun pelbagai fakta tentang penyelewengan Mahathir telah pun didedahkan.
Parti baru yang ditubuhkan oleh Mahathir sebenar-benarnya adalah untuk membuka laluan perjalanan politik untuk anaknya Mukhriz, beliau sanggup menjadi Perdana Menteri sementara, sebelum Mukhriz dapat ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Apatah lagi Mahathir sedar beliau semakin dimamah usia, semakin uzur, sebelum Mahathir menemui ajal dan Ilahi beliau mahu Mukhriz menjadi Perdana Menteri.
Mahathir tidak yakin Mukhriz mampu naik seterusnya menjadi Perdana Menteri tanpa bantuannya. Itulah sebabnya Najib perlu ditumbangkan supaya laluan Mukhriz menjadi lebih mudah untuk menjadi Perdana Menteri sebelum beliau memejamkan matanya. Sebab itulah Mahathir mahu menjatuhkan dan menggulingkan Najib demi proksi yang kini disebut kroni dan masa depan anaknya Mukhriz dilihat semakin malap dalam dunia politik. Kalau kita lihat pun Mukhriz memang tak ada kredibiliti dan kewibawaan untuk menjadi pemimpin apatah lagi menjadi Perdana Menteri dan janganlah disebabkan Mukhriz tidak bijak mempergunakan peluang yang ada janganlah Najib dipersalahkan pula.
Kesimpulannya peluang Mukhriz untuk naik melalui pembangkang selepas dipecat daripada UMNO jauh panggang dari api. Walau pun Mahathir telah menubuhkan parti baru selepas menyedari karier politik anaknya didalam UMNO telah pun berakhir, namun disudut hati mahathir beliau mengakui bahawa karier politik Mukriz telah pun berakhir samada Barisan Nasional kekal memerintah atau pun tewas. Mukriz tidak punya kebolehan. Mukriz bukan Mahathir.
Comments
Post a Comment