GST - KERAJAAN AKAN TAMBAH BAIK PELAKSANAANNYA



Tindakan pembangkang yang berterusan memainkan isu GST yang sedang dilaksanakan kerajaan pada hari ini adalah sesuatu yang terdesak.

Pembangkang telah menabur janji akan memansuhkan GST selepas PRU-14 bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum ke-14.

Namun, Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani menjawab kritikan pembangkang dan memaklumkan kerajaan akan menambah baik kelemahan dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan sejak 1 April 2015.

Memang lama pengumuman ini ditunggu rakyat dan pengguna kerana GST ini sepatutunya dijadikan sebagai sistem percukaian itu lebih efisien di Malaysia supaya ianya akan dicontohi oleh masyarakat dunia.

Malaysia sudah pasti juara dalam hal GST ini kerana negara kita telah memulakan pengutipan GST ini antara yang terendah di Asia Tenggara dan terendah di dunia dengan kadar 6% sahaja.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga mengecualikan GST pada produk makanan mentah seperti ayam, dading, ikan dan sayur-sayuran bagi memastikan rakyat terus dapat menikmati kemudahan makanan dengan harga bebas cukai.

Johari dalam sidang medianya memaklumkan antara cadangan penambahbaikkan adalah memperketatkan aspek penguatkuasaan bagi mengesan peniaga yang cuba mengelak daripada membayar GST.

Pihaknya juga akan memperbaiki banyak benda dan mengubah sebarang sistem yang telah digunakan selama ini agar ia lebih efisien, baik bagi kerajaan dan baik bagi generasi akan datang.
Pihaknya juga akan melaksanakan penguatkuasaan yang begitu teliti dari segi pembayaran GST. Ini berikutan ada peniaga yang berdegil dan cuba lari daripada membayar GST sedangkan ia tidak adil buat peniaga dan rakyat yang membayar.

Comments