GENG KARTEL & GENG PONOROGO PORAK PERANDAKAN PKR, SEBAB TU SEMUA CARI TEMPAT BERTEDUH SEBELUM PRU-14


Heboh dikatakan isu dalaman PKR tidak dapat ditutup lagi. Isu pemecatan melalui aplikasi Whatsapp oleh kepimpinan tertinggi Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad ke atas bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Hafidz Rizal Amran amat memeranjatkan.

Surat susulan pemecatan tersebut pula lewat untuk dilakukan dan mulai tersebar mengenai kecelaruan angka nombor siri surat berkenaan dengan perlantikan Ketua Pemuda AMK yang baru.

Dalam isu ini, PKR sebenarnya sebuah parti yang sudah tidak relevan untuk membela rakyat. PKR boleh diibaratkan retak menanti belah kerana kepimpinan tertingginya sudah tiada persefahaman lagi mengenai beberapa isu sensitif. Antaranya hala tuju bersama Pakatan Harapan dan juga yang terbaru isu kerjasama PKR dan PAS.

Rafizi menamakan Azmin, Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, Xavier Jeyakumar, Dr Shaharuddin Badaruddin, Zuraida Kamaruddin, R Sivarasa, Saifuddin Abdullah, Kamaruddin Jaafar dan Fahmi Fadzil sebagai antara mereka yang menyokong rundingan dengan PAS.

Sebaliknya, Setiausaha Agung William Leong, Saifuddin Nasution, Nik Nazmi Nik Ahmad, Tan Yew Kew, Syed Ibrahim Syed Noh, Johari Abdul, Sim Tze Tzin dan Fariz Musa menentang idea untuk bekerja dengan PAS.

Ini bermaksud PKR sudah berpecah kepada dua puak dan masing-masing ada agenda tersendiri untuk menyelamatkan karier politik mereka.

Tidak mustahil PKR bakal dibubarkan dan akan menyertai parti yang berteraskan Melayu. Antara yang disebut-sebut GENG KARTEL akan menyertai PAS manakala GENG PONOROGO akan menyertai PPBM dan DAP.

Sama-sama kita nantikan kesudahannya.

Comments