Sudah pasti semua tahu siapa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sebelum Oktober tahun 2003? Tepuk Dada Tanya Selera! Jawapannya sudah pasti anda tahu siapa orangnya. Individu itu bernama Dr Mahathir Mohamad dan dia bersara pada bulan Oktober 2003.
Sepanjang perkhidmatannya, sempat lagi sebelum dia bersara, Kementerian Kewangan di bawah Dr Mahathir telah mengarahkan Telekom menganugerahkan RM214 juta projek rundingan terus kepada syarikat Mukhriz tanpa tender. Sebulan selepas urus niaga tersebut, Dr Mahathir bersara menjadi Perdana Menteri.
Selain itu, Dr Mahathir juga pernah menganugerah lesen perjudian sukan selama 20 tahun tanpa tender dan tanpa dimaklumkan kepada kabinet bernilai berbilion-bilion ringgit kepada kawannya dengan tawaran RM20 juta. Beberapa tahun kemudian kroni Dr Mahathir tersebut menjual lesen yang sama pada harga RM700 juta.
Di samping itu, kes pembaziran multi-bilion ringgit negara yang berlaku pada tahun 1998 telah berlaku di mana Petronas dan MISC terpaksa menyelamatkan dan bail-out kumpulan Konsortium Perkapalan milik Mirzan Mahathir yang hampir muflis.
Lebih menyedihkan lagi setelah dua tahun kes bail-out berlalu, pada bulan Februari 2000, perniagaan Mirzan dilaporkan telah menerima kontrak lima tahun dari Tenaga Nasional untuk mengangkut arang batu ke loji janakuasa elekrtik Kapar menggunakan kapal kelas Panamax – walaupun kenyataannya bahawa Mirzan tidak lagi memiliki sebarang kapal.
Keputusan untuk memilih syarikat Mirzan mengenepikan pemilik lain yang sedia ada menyebabkan mereka yang mengikuti perniagaan pukal arang batu menjadi keliru dan terkejut dengan tindakan ini.
Berpijak lah di bumi yang nyata, zaman kegemilangan kronisme dan nepotisme akan berulang kembali sekiranya Dr Mahathir berkuasa kembali. Dr Mahathir, Ahli Parti Bersatu, Kroni dan Pakatan Harapan mungkin berharap agar zaman kegemilangan ini akan dapat dikembalikan selepas PRU14.
Jesteru itu, adalah tidak mustahil kekayaan luar biasa anak-beranak Dr Mahathir datangnya dari usaha Dr Mahathir yang berselindung disebalik jawatan Perdana Menterinya selama 22 tahun. Ratusan syarikat yang dimiliki anak beranak Dr Mahathir adalah salah satu bukti kerakusan dan kemewahan hidup Dr Mahathir.
Comments
Post a Comment