DAP TANAM BUDAYA POLITIK GANAS & KURANG AJAR DI MALAYSIA



DAP sering kali menyalurkan propaganda bagi menakut-nakutkan orang Cina dengan memainkan isu Islam dan Hudud di Malaysia. Masyarakat Cina sentiasa ditakut-takutkan dengan menjadikan isu PAS dan perlaksanaan hukum hududnya sebagai tunjang perjuangan politik DAP. Malangnya rakyat yg cetek akal terus percaya membuta-tuli tanpa menyelidik lanjut.

Selain itu, budaya politik ganas atau budaya politik kurang ajar bukannya perkara baru dalam negara kita. Ianya telah dipelopori oleh DAP sejak tahun 1969 lagi. Kerana budaya politik kurang ajar yang dibawa DAP itulah wujudnya peristiwa 13 Mei 1969.

DAP kembali menunjukkan belangnya selepas PRU 2008 dan kini ianya semakin menjadi-jadi. Mereka menjadi semakin berani kerana setiap tindakan mereka akan dipertahankan oleh PKR dan kini mereka punya parti baru yang merupakan balaci DAP iaitu Amanah yang sentiasa membelakangi mereka. Malah Tun Dr. Mahathir Mohammad pun kini memihak kepada mereka.

Jelas sekali, benda-benda yang dimulakan oleh DAP itulah yang menjadi ikutan oleh pihak-pihak lain tidak kira sebelah sana atau sebelah sini. Mereka menggunakan pendekatan caci mencaci dan menabur kenyataan pedas untuk merancakkan sesuatu isu serta menghasilkan video klip berunsur penghinaan . Antara pemimpin tersebut ialah Nga Kor Ming, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ronnie Liu, Superman dan ramai lagi. Kalau tiada pihak yang mulakan ianya tidak akan menjadi satu budaya.

Di samping itu, ada benar DAP ini mahu menjadi kuasa dominan dalam pembangkang sekarang dan seterusnya mengawal Parlimen Malaysia! Walaupun tidak bertanding banyak kerusi berbanding parti PKR pada Pilihanraya Umum ke 13, tetapi keupayaan DAP untuk memenangi kerusi di kawasan bandar memberi ruang kepada parti ini untuk memiliki banyak kerusi seterusnya menguasai Parlimen berbanding parti Pakatan Harapan (PH) yang lain.

Jesteru itu, andainya anda memilih untuk memangkah calon DAP, maka anda sebenarnya telah secara automatik menyatakan persetujuan anda untuk memilih dan merestui perbuatan DAP serta membenarkan Lim Kit Siang untuk terus merosakkan negara Malaysia.


Akibatnya nanti, kita akan terus kekal seperti hari ini dan jangan pula nanti anda terpekik-terlolong selepas PRU14 membenarkan kerosakan dibuat parti DAP di negara kita. Buatlah pilihan bijak kerana kita semua sedar siapa sebenarnya parti ini.

Comments