DAP SIMPAN DENDAM PADA PAS



Perbezaan pendapat dan pandangan di antara DAP dan PAS terhadap isu 1MDB menampakkan sikap sebenar DAP yang menaruh dendam terhadap PAS. Sejak berpisah dari Pakatan Rakyat, DAP kerap menuding jari terhadap PAS dan mencari kesalahan PAS.

Baru-baru ini, PAS menyatakan mereka berpuas hati dengan hasil sesi meja bulat bagi membincangkan isu 1MDB apabila Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan menerima penjelasan oleh Arul Kanda mengenai pelan rasionalisasi yang dicadangkan beliau bagi mengatasi kemelut 1MDB.

Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (PO1), mempertikaikan reaksi dan maklum balas PAS terhadap isu 1MDB. Jelas sekali tindakan DAP mempertikaikan pendirian PAS yang bersetuju dengan penerangan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengenai hutang yang ditanggung 1MDB dan pelan rasionalisasi hutang tersebut memperlihatkan dendam kesumat mereka terhadap PAS.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dalam satu sidang media turut mempersoalkan sama ada kesemua Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang menyertai perjumpaan itu memahami butiran yang diterangkan Arul.

Bagi Lim Guan Eng, "Dia lihat, PAS seperti burung kakak tua. Apa yang dinyatakan UMNO dan 1MDB, mereka ikut saja. PAS dan UMNO tak ada beza, serupa saja." Kenyataan ini membuktikan persengketaan antara DAP dengan PAS sememangnya jelas dan mereka menyimpan dendam hingga ke hari ini terhadap PAS. DAP kini seperti memantau segala gerak geri PAS dan mahu menjatuhkan PAS.

Comments