DAP PERALAT ORANG MELAYU DEMI CITA-CITA PERIBADI MEREKA



Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu, DAP menaruh harapan besar kepada parti Melayu untuk membolehkan mereka menang banyak kerusi pada pilihanraya umum. Oleh itu, parti seperti PAS dan PKR digunakan untuk mencapai agenda mereka.

Tindakan DAP memperalatkan orang Melayu termasuk bekas pemimpin kerajaan adalah semata-mata kerana mereka menyedari hakikat bahawa parti itu tidak mungkin mampu merampas kuasa bersandarkan kepada kekuatannya sendiri.

DAP sedar tentang hakikat betapa parti itu sama sekali tidak akan menerima undi atau sokongan orang Melayu berikutan dasar serta perjuangan dibawa mereka. Untuk membolehkan mereka mencapai agenda mereka, maka PAS dan PKR diperalatkan demi tujuan politik ini.
Malah penyertaan orang Melayu termasuk PAS dalam PRU-13 telah menyebabkan DAP berasa yakin untuk berkuasa di negara ini sehingga memper¬kenalkan slogan ‘Ini kalilah’ yang membawa maksud itulah masanya untuk mereka memerintah negara.

DAP tahu mereka mempunyai kerusi terbanyak dalam kalangan pembangkang dan kedudukan itu melayakkan mereka menjadi Perdana Menteri kerana dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak di-sebut bahawa Perdana Menteri perlu dilantik dalam kalangan orang Melayu Islam.

Kalau tidak menjadi Perdana Menteri sekali pun, mereka akan melepaskan jawatan itu kepada individu yang boleh ‘dikawal’. Cakap-cakap kononnya pemimpin parti ‘bunga’ nak jadi Perdana Menteri, itu hanya gula-gula politik saja.

Selepas ketiadaan PAS dalam Pakatan Harapan, kini sandaran diberikan kepada Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Tidak terkecuali PKR juga mudah diperalatkan oleh DAP kerana untuk membolehkan PKR mengembalikan peranan dan kuasa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka DAP mengambil peluang ini untuk menjadikan individu tersebut sebagai Perdana Menteri dan bukan atas dasar mengangkat martabat Melayu.

Sebab itu mereka boleh diperalat dan menjual segala prinsip untuk bekerjasama dengan DAP. Parti DAP penuh muslihat dan agenda tersembunyi. Mereka hanya mahu berkuasa. Jesteru itu, agenda mereka adalah untuk mempergunakan orang Melayu bagi menguasai negara ini. Tolak DAP demi bangsa dan negara.

Comments