Bila PKR sudah lemah dan dipalit dengan pelbagai kontorversi rakan Pakatan Harapan yang lain terutamanya DAP cuba mengambil kesempatan atas kelemahan tersebut.
PKR sejak Anwar Ibrahim meringkuk di dalam penjara, kepimpinan mereka terutamanya Rafizi Ramli, Wan Azizah dan Azmin Ali semakin renggang.
Walaupun hubungan mereka pada segi luaran nampak masih mampu tersenyum bila berhadapan dengan wartawan dan kamera, tapi pada hakikatnya hubungan mereka sudah lama retak walaupun mereka di dalam satu parti.
Cadangan Lim Kit Siang yang mahu mengambil alih kerusi DUN Kulim dan Gurun membuktikan bahawa mereka cuba mengambil kesempatan atas isu kekalutan dalaman yang melanda PKR.
Walaupun DAP sudah mempunyai dua DUN iaitu Derga dan Pokok Sena yang dimenangi mereka pada PUR-13 yang lalu, namun DAP sebenarnya belum puas dengan apa yang mereka perolehi selama ini.
ADAKAH DAP MAHU MENAWAN KEDAH?
ADAKAH DAP CUBA MERENDAH-RENDAHKAN PARTI YANG ADA DALAM PH?
SEKIRANYA BERJAYA BANYAK FAEDAH UNTUK PULAU PINANG?
Mereka memberikan alasan bahawa PKR yang bertanding di kedua-dua DUN tersebut tidak dapat menarik sokongan bukan Melayu dan tidak mewakili undi berbilang bangsa.
Walaupun majoriti pengundi Cina hanya 23% tapi DAP menganggap pengundi Cina akan memberi undi yang lebih sekiranya mereka bertanding di sana.
Perlu diperhatikan adakah DAP telah membuat PROJEK ke atas kedua-dua DUN tersebut dengan melakukan penambahan dari bilangan pengundi terutamanya pemindahan pengundi dari Pulau Pinang ke Kedah????????
Comments
Post a Comment