DAP ISYTIHARKAN PERANG TERHADAP DR NORLELA, ADUN PKR



Tindakan yang diambil bagi menangani isu kilang haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang memberi kesan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan DAP.

Tindakan SPRM membuat penahanan ke atas EXCOnya membuat DAP berasa marah dan tidak berpuas hati malah kini Dr Norlela Arrifin, ADUN Penanti jadi sasaran DAP untuk dijatuhkan.

Dr Norlela amat gembira kerana tindakan akhirnya diambil terhadap kilang pemprosesan penapis karbon haram walaupun isu ini telah dibangkitkan olehnya semasa sidang Dewan Undangan Negeri lebih 2 tahun lalu.

Norlela telah dimaklumkan mengenai kebimbangan penduduk tentang kilang haram itu, yang terletak di Sungai Lembu, Bukit Mertajam pada Februari 2015.

Isu ini telah dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri oleh ADUN Penanti, Dr Norlela tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa mahupun pihak Kerajaan Negeri selama 2 tahun.

Norlela dan beberapa wakil lain bertindak kritikal terhadap kepimpinan negeri kerana tidak menjalankan tugas dengan baik dan tidak mengambil berat terhadap alam sekitar.

Exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh, pengurus dan pengarah kilang haram ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung siasatan ke atas kilang haram itu.

Dalam pada itu, DAP sudah mengisytiharkan perang terhadap Dr Norlela yang telah membangkitkan isu ini dan menjadi penyebab kepada penahanan EXCOnya oleh SPRM. Akibat rasa tidak puas hati, DAP sanggup berbuat apa saja bagi mempertahankan EXCOnya dan sanggup menjatuhkan Dr Norlela.

Kini jelas, DAP parti yang mempertahankan pelaku rasuah dan menghalalkan perlakuan salah guna kuasa. Tolak DAP demi kemakmuran Pulau Pinang.

Comments