DAP ABAI ORANG MELAYU ISLAM PULAU PINANG



DAP sudah menunjukkan kezaliman, kekerasan dan mengabaikan hak-hak dan kepentingan orang-orang Pulau Pinang termasuklah orang-orang Melayu yang beragama Islam. Kita boleh mendengar berita dan isu berkaitan dengan kilang haram yang beroperasi di Pulau Pinang sehingga sekarang DAP masih belum mengambil sebarang tindakan mengatasi isu berkenaan di mana Ketua Menteri Lim Guan Eng telah didakwa mengabaikan surat bantahan daripada Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Lembu berkaitan dengan operasi operasi kilang haram di kawasan berkenaan yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Lihatlah suara-suara dan bantahan orang Pulau Pinang sama sekali tidak diendahkan dan dihiraukan oleh Guan Eng dan DAP.

Itu yang terbaru, yang sebelum-sebelum ini semua orang-orang Pulau Pinang khususnya yang Melayu dan beragama Islam dapat melihat DAP mengabaikan dan tidak mempedulikan langsung Orang Melayu Islam di mana Kerajaan DAP gagal melindungi hak orang Melayu dan Islam di mana kampung warisan Melayu yang wujud sejak 1700 an lagi tidak dilindungi, seperti mana yang dijanjikan DAP dalam manifesto Pakatan Rakyat sebelum ini.

Sebanyak 25 buah kampung Warisan Melayu di Pulau Pinang terhapus sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional sehinggalah kini, akibat daripada projek pembangunan. Bukan setakat itu sahaja bahkan pihak berkuasa tempatan bersikap berat sebelah dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap penjaja Melayu dan bukan Melayu yang melanggar peraturan. Ini semua disebabkan oleh pihak berkuasa tempatan kita telah diberi amaran oleh Guan Eng dan parti DAP agar mengambil tindakan sedemikian rupa. Mereka terpaksa lakukannya kerana menurut perintah dan tidak mampu mengingkarinya. Jika pihak berkuasa tempatan mengingkarinya Guan Eng sudah pasti akan mengambil tindakan ke atas mereka.

Gerai penjaja Melayu yang berniaga di kawasan luar bandar, termasuk gerai milik orang kelainan upaya telah dirobohkan kerana melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan. Sebaliknya penjaja bukan Melayu yang berniaga di Jalan Baru, sekitar Komtar, Jalan Chulia dan sekitar Kompleks Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Sungai Ara sama sekali tidak diambil sebarang tindakan walaupun melakukan kesalahan yang sama. Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersikap dwistandard malah pernh ditegur oleh beberapa pihak tetapi mereka memberikan alasan penjaja Melayu yang dirobohkan gerai berkenaan kerana orang Melayu lebih memilih dan cenderung kepada UMNO.

DAP juga mewujudkan 3 buah pulau di Teluk Kumbar bagi membiayai kos projek mega Penang Transportation Master Plan (PTMP) yang memberikan banyak kesan dan implikasi negatif lagi-lagi kepada ribuan penduduk Melayu Islam yang menetap di kawasan berkenaan di mana projek berkenaan akan menghapuskan lubuk pembiakan ikan dan udang yang menjadi sumber rezeki kepada penduduk Melayu Islam setempat. Manakala tawaran pampasan yang diberikan pula difahamkan tidak setimpal dengan apa yang mereka lakukan selama ini. Ini jelas membuktikan DAP langsung tidak mengambil berat akan hal dan hak-hak serta kepentingan orang Pulau Pinang.

Bukan itu sahaja Dasar kepimpinan DAP dan Guan Eng dikatakan susah untuk mendapatkan sebarang peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin agama lain juga menuntut hak yang sama. Malah waktu penyiaran rancangan-rancangan agama Islam di televisyen atau di media sosial terpaksa dikongsi dengan agama-agama lain.

Semua ini adalah bukti-bukti yang menunjukkan orang-orang Pulau Pinang khususnya orang Melayu Islam Pulau Pinang terabai dan sama sekali tidak dipedulikan langsung oleh Guan Eng dan Kerajaan DAP. Ini baru DAP memerintah Pulau Pinang sudah penindasan, kezaliman mereka memerintah Pulau Pinang. Kita cuba fikirkan dan renung sejenak apa yang akan terjadi sekiranya DAP berjaya menang dalam PRU ke-14 dan seterusnya memerintah negara kita, adakah kita mahu melihat nasib anak, cucu, cicit kita teraniaya dan tidak terbela? Jawapannya sudah tentu tidak bukan.

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama bersatu hati, bersatu padu dan bersemangat bagi menghalang DAP daripada memerintah negara kita demi kesejahteraan dan kebaikan anak bangsa , cucu cicit serta masa depan negara kita pada masa akan datang.

Comments