PAS secara rasminya memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi hubungan mereka masih terjalin hanya di Selangor. Dikatakan tujuan PAS bertegas kekal dalam Selangor kerana ia mengawal masjid dan surau.
Jadi apa akan berlaku sekarang kerana PAS bertegas ia masih dalam kerajaan Selangor di mana kira-kira 5,000 ahlinya, masih memegang pelbagai jawatan dalam pentadbiran negeri sehingga pilihan raya umum akan datang.
Bolehkah parti yang diterajui presiden Abdul Hadi Awang terus memegang kuasa, dengan meninggalkan pakatan pembangkang dan menjadi kuasa ketiga, walaupun kerjasama bersama Umno semakin berkembang?
Sebelum menjelang pilihan raya umum akan datang yang perlu diadakan sebelum Ogos 2018, banyak perkara yang dapat disimpulkan pertandingan 3 penjuru pada PRU14 tidak dapat dielakkan
Dalam dua PRU lalu, PR menang lebih banyak kerusi Parlimen dan DUN, kerana pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN). Ia juga menyebabkan BN hilang undi popular pada PRU 2013.
PAS dijangka kalah di kerusinya jika bertanding melawan bekas sekutunya dan juga BN, terutama Umno kerana parti itu memegang undi Melayu. Akibatnya Umno mungkin akan menang kerusi berkenaan kerana PAS dan parti pembangkang lain berebut untuk mendapatkan undi.
Peluang PH memenangi PRU14 makin sukar dan sekarang mereka menumpukan serangan dan berkempen di Pantai Timur Malaysia dengan menggunakan Mahathir sebagai benteng perempuh yang kuat.
Namun sentimen rakyat pantai timur terutamanya Kelantan dan Terengganu yang tidak sukakan Watak dan Pemikiran Mahathir yang terlalu liberal, tidak Islamik dan mengamalkan pemerintahan kuku besi mungkin ianya tidak akan dapat mencapai matlamat PH.
Ditambah pula Mahathir terus melabelkan PAS sebagai PENGACAU kepada gerakan Pakatan Harapan untuk menawan Kelantan dan Terengganu. Mungkin ini yang PAS perlu tahu karakter Mahathir yang sebenar. Dia akan menyerang dan tidak putus untuk memburukkan musuhnya.
PH juga tersilap personaliti yang diangkat untuk menawan Pantai Timur kerana PH hanya berbekalkan Husam Musa yang banyak masalah untuk menawan Kelantan. Manakala Husam juga dijanjikan jawatan MB Kelantan sekiranya PH berjaya menawan Kelantan.
Dengan sentimen PAS yang membuat keputusan untuk bertanding di kebanyakan kerusi pada PRU14, termasuk kerusi yang “dipinjamkan” kepada PKR sebelum ini, jelas menunjukkan PAS mahu berdikari dan lebih baik bersendiri dari terus dipermainkan oleh rakan pakatan sendiri.
Sentimen ANTI MAHATHIR dan ANTI DAP perlu diteruskan bagi menjaga pantai timur dijajah musuh yang anti Islam dan Melayu.
Comments
Post a Comment