Bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid membuat pengakuan di depan suruhanjaya RCI bahawa beliau pernah memaklumkan Anwar Ibrahim mengenai kerugian AS$170 juta yang dialami BNM itu akibat perdagangan mata wang asing (Forex) pada awal 1990.
Selepas dimaklumkan Anwar Ibrahim dengan mudah tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya mengarahkan Datuk Abdul Murad untuk tidak mendedahkan perkara berkenaan kepada umum.
Apa yang mahu dilindungi Anwar Ibrahim pada masa itu adalah bagi mengelakkan dirinya kehilangan jawatan sebagai TPM dan Menteri Kewangan.
Risiko untuk Anwar Ibrahim didesak untuk meletakkan jawatannya pada masa itu juga tinggi kerana Menteri Kewanganlah yang bertanggungjawab dengan kerugian yang dialami BNM.
Perdana Menteri dan Menteri kewangan pada masa itu sepatutnya tahu pengaliran wang yang begitu banyak untuk pelaburan matawang Forex yang digunakan untuk pelaburan. (KONONNYA).
Ini disebabkan segala pelaburan luar negara mesti diluluskan oleh Majlis Ekonomi yang dipengerusikan sendiri oleh PERDANA MENTERI pada masa itu.
Bila pelaburan tersebut mengalami kerugian mereka berdua arahkan Gabenor dan BNM untuk senyapkan isu tersebut dengan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan lari dari fakta sebenar.
Malah tiada sebarang siasatan dilakukan mahupun laporan dibuat berhubung kerugian berkenaan.
Akan tetapi ramai yang telah menjadi kambing hitam kerana Mahathir dan Anwar Ibrahim mahu cuci tangan dalam isu tersebut.
Bila diberitahu oleh Datuk Abdul Murad tiada siasatan dilakukan, Pengerusi Pesuruhjaya RCI Tan Sri Mohd Sidek Hassan amat terkejut dan hairan bagaimana kerugian besar itu tidak diambil tindakan mahupun dicatatkan dalam laporan BNM.
Nampak tak permainan licik yang telah diatur PM dan TPM merangkap Menteri Kewangan pada era 1990 an.
Tapi yang peliknya selepas PKR dapat memerintah Selangor, Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat kewangan di Selangor dengan bergaji RM1.
Apa kelayakan Anwar?
Adakah perlantikannya hanya mahu menggunakan kepakarannya SONGLAP dan PERABIS duit rakyat Selangor yang ditinggalkan BN demi kepentingan politik Anwar, Azmin, keluar masing-masing dan kroni mereka?.
Yang dilantik pun tak de integriti.
Comments
Post a Comment