AKIBAT SERING PONTENG "MEETING" RAFIZI TERUS DIKECAM KERANA TAK TAHU PERKEMBANGAN PARTI



Rafizi Ramli sekarang ini dilihat seperti manusia yang hilang arah kerana sudah terlalu tersasar dari matlamat perjuangannya.

Busy dengan aktiviti Invoke dan Bina Semula Negara yang tidak mendapat sambutan dan kini Rafizi Ramli sebenarnya sudah tidak menghadiri meeting penting bersama barisan kepimpinan PKR yang lain kerana perselisihan faham antara mereka.

PERSELISIHAN FAHAM DAN PERGADUHAN TIDAK DAPAT DISOROK LAGI

Pergaduhan Azmin Ali dan Rafizi Ramli makin memuncak selepas Azmin cuba berunding dengan PAS untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai MB Selangor.

Rafizi mendakwa tindakan memujuk PAS itu keputusan Azmin bukan pendirian parti dan mendesak diadakan Kongres Khas bagi membincangkannya.

Kartel Azmin tidak puas hati dengan kenyataan Rafizi itu dan mula menyerang Ahli Parlimen Pandan itu.

Timbalan AMK, Afif Bahardin 'menembak' Rafizi kerana sering ponteng mesyuarat parti sehingga tidak tahu pertemuan dengan PAS itu keputusan parti dan direstui Anwar Ibrahim.

Latheefa Koya pula melabelkan Naib Presiden PKR itu sebagai 'Geng Ponorogo' yang berperanan memecah belahkan parti.

Latheefa juga menyalahkan Rafizi sebagai punca Anwar masuk penjara lebih awal ekoran Langkah Kajang yang gagal.

Rafizi sebelum ini menamakan beberapa pemimpin tertinggi PKR yang menyokongnya menjatuhkan Azmin termasuk Johari Abdul dan Saifuddin Nasution.

Presiden PKR, Wan Azizah sepatutnya dipersalahkan kerana tidak berdaya memainkan peranan sebagai ketua.

Adakah calon PM Sementara ini menunggu 'wahyu' dari Sungai Buloh?

Comments