AKHIRNYA MAHATHIR MENGAKU PROTON CIPTAANNYA GAGAL DI BAWAH PENTADBIRANNYA




Baru-baru ini Mahathir dalam satu kenyataan medianya membayangkan akan menubuhkan sebuah syarikat automatif yang baharu untuk menyamai syarikat Proton yang gagal di kawalselianya dengan baik sebagai Pengerusi sehingga menyebabkan kerugian dan bailout sepanjang penubuhannya di Malaysia.

Kenyataanya itu boleh dianggap sebagai gula-gula politik dimana bertujuan untuk meraih undi rakyat bagi menyokong Pakatan Harapan pada PRU-14 akan datang.

Selain itu, Mahathir dengan jelas menterjemahkan kegagalannya untuk membawa keuntungan kepada Proton sebagai pengeluar kereta nasional utama negara.

Rakyat sudah beri peluang kepada Mahathir dan kepimpinan Proton selama ini untuk bersaing diperingkat domestik dan antarabangsa.

Namun Proton gagal kerana sikap degil Mahathir yang tidak mahu menerima cadangan pihak lain antara faktor utama kegagalan Proton.

Sekiranya sesiapa dalam syarikat itu menawarkan idea yang berbeza dengan pandangan Mahathir maka orang itu akan menghadapi masalah samada dibuang kerja atau ditukarkan ke penempatan lain.

Bila sudah timbul masalah selepas beberapa keputusan kurang bijak yang dibuat Mahathir dan kroninya, kerajaan sukar untuk‎ memperbetulkan keadaan kewangan syarikat kerana terlalu besar risikonya sekiranya mengubah perjanjian atau mahu menarikan diri dari perjanjian yang telah diemterai.

Proton yang dilancarkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit telah beberapa menerima bantuan kerajaan bagi menampung hutang dan menampung kos operasi mereka.

Proton telah melakukan beberapa‎ urusniaga yang menyebabkan syarikat itu berada dalam keadaan terumbang ambing antaranya termasuk kerjasama dengan Group Lotus Plc.

Bila wujudnya idea baru Mahathir yang mahu mewujudkan kereta nasional baru, rakyat perlu berfikir dan tahu sejauhmana kegagalan Proton yang berusia 34 tahun itu mengalami saat getir dan sebenarnya banyak sejarah hitam dari sejarah kecemerlangannya.

p/s : JAGUAR bernombor pendaftaran WXX88 siapa punya? 
: Syarikat kereta nasional baru yang dicadangkan 
Mahathir nak bekerjasama dengan JAGUAR ke?

Comments