TOLAK MAHATHIR JADI PERDANA MENTERI PAKATAN HARAPAN



Tindakan Setiausaha Otai Reformis 1998 Abdul Razak Ismail dan Shaari Sungib meletakkan jawatan kerana beliau sama sekali tidak bersetuju dengan penyertaan Mahathir dalam Pakatan Harapan.

Bagi Setiausaha Otai Reformis 1998 Abdul Razak Ismail dan Shaari Sungib Mahathir seharusnya menggunakan kapasiti negarawan beliau untuk memberikan nasihat dan panduan kepada gagasan Pakatan Harapan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti dan bukannya mengejar jawatan dan pangkat dalam negara. Abdul Razak mengambil keputusan menentang Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum akan datang dan akan bertanding atas tiket Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Otai Reformis menolak kepimpinan Mahathir di peringkat parti sebagai Pengerusi Pakatan Harapan atau di peringkat kerajaan sebagai perdana Menteri atau menteri kanan atau penasihat sekiranya Pakatan Harapan berjaya mengambil alih pentadbiran di Putrajaya.

Mereka menuntut Pakatan Harapan untuk memasukkan dalam manifesto PRU14Pakatan Harapan penubuhan Suruhanjaya Keamanan dan Keadilan bagi mengadili segala tuduhan ke atas Mahathir.

Pendek kata, Dr Mahathir tu sendiri perlu sedar bahawa PKR tidak akan sesekali menerima dia kembali sebagai seorang pemimpin di atas tindakan yang telah dilakukannya sebelum ini.Selama hari ini, kepimpinan PKR seringkali melabelkan Tun Mahathir seorang pemimpin yang "Mahakejam" dan "Mahazalim" sewaktu mentadbir Kerajaan yang turut dianggap sebagai Diktator.

Mahathir menuduh Anwar tidak bermoral dan tidak sesuai untuk memimpin negara itu, manakala timbalannya itu mendakwa perdana menteri merekayasa tuduhan salah laku seks dan penyalahgunaan kuasa ke atasnya. Berikutan pemecatannya dan pemenjaraannya, puluhan ribu penyokong Anwar turun ke jalanan dan menentang Mahathir, yang sering-kali mencetuskan pertempuran ganas dengan polis. Susulan pembebasannya dari penjara, Anwar menubuhkan PKR dan kemudiannya menjadi ketua pembangkang serta ketua umum Pakatan Harapan hari ini.

Jadi bagaimana mungkin mereka boleh sewenang - wenangnya menerima bekas Perdana Menteri itu sebagai pemimpin tertinggi mereka? Pakatan Pembangkang hanya menerima Dr Mahathir hari ini kerana mereka ingin menggunakannya sebagai alat untuk memecah belahkan Melayu dan mempergunakan pengaruh dan kekayaannya. Apa yang pasti Dr Mahathir bukan calon yang hendak dijadikan Pakatan Pembangkang sebagai pemimpin mereka.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News.

Comments