MENGAPA LIM GUAN ENG TIDAK BERANI TANDATANGAN IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)




Baru-baru ini, kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng mendakwa bahawa prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dilaksanakan di negeri itu sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding menandatangani IBR.

Pernyataan berkenaan, seperti biasa dibuat tanpa sebarang bukti yang menunjukkan bahawa CAT berkesan berbanding IBR. Adakah kajian pernah dibuat? Tidak ada. Cakap kosong sahaja.

Lagipun, CAT yang pada prinsipnya mempunyai objektif baik tidak diamalkan pun oleh Lim Guan Eng dan kerajaan pimpinannya. Ini jelas dapat dilihat daripada projek-projek kerajaan Pulau Pinang yang jelas tiada prinsip CAT seperti membayar beratus-ratus juta ringgit untuk membuat kajian mengenai kebolehlaksanaan terowong menghubungkan Pulau Pinang dan Seberang Perai, projek-projek pembangunan yang tidak mesra rakyat dan alam sekitar serta banyak lagi.

Tetapi mungkin Lim Guan Eng mempunyai sebab yang bsangat baik untuk tidak menandatangani IBR walaupun sebenarnya menandatangani IBR tidak sama sekali mempengaruhi pelaksanaan CAT.

Hakikatnya, dengan menandatangani IBR sedangkan beliau sedang dibicarakan atas kes rasuah banglo RM 4 juta beliau membawa kes risiko. Bayangkan beliau menandatangani IBR dan setelah itu disabitkan. Tentu perkara berkenaan akan memalukan beliau.

Oleh itu, adalah agak logik untuk Lim Guan Eng untuk tidak menandatangi IBR yang sudah tentunya bertentangan dengan amalan beliau yang menerima rasuah.

Syabas Lim Guan Eng! Terus Perjuangkan Amalan Rasuah!

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya

Comments