MAHATHIR BERKALI-KALI UBAH PENDIRIAN BERHUBUNG ISU LIWAT ANWAR




Mahathir mengakui pendiriannya terhadap isu moral Anwar Ibrahim akan berubah-ubah selaras dengan keperluan semasa. Pengakuan Mahathir ini membuktikan bahawa beliau sanggup melakukan apa sahaja demi lonjakan politik dan kepentingan peribadi beliau semata-mata.

Pada masa sekarang Mahathir mengakui bahawa pendiriannya cenderung mengatakan Anwar Ibrahim tidak bersalah. Tetapi dalam politik macam-macam perkara boleh terjadi dan ada kejutannya. Tidak mustahil selama Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 18 tahun Mahathir tidak pernah sesekali berjumpa apatah lagi mahu berbaik-baik semula dengan Anwar Ibrahim.

Ini bukan perkara yang mengejutkan atau mustahil, inilah Mahathir yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai agenda politik dan kepentingan peribadi sendiri untuk mendapatkan sokongan daripada Anwar. Mahathir akan menggunakan kaedah dan pendekatan mode cuci tangan terhadap semua kesalahan yang telah beliau lakukan selama ini yang kononnya ia bukan berpunca daripada Mahathir tetapi berpunca daripada orang lain.

Dalam soal memecat Anwar Ibrahim kerana dakwaan salah laku seks pada tahun 1998 dahulu pun, bukan disebabkan oleh Mahathir dan kemudiannya Anwar dikenakan pertuduhan berkaitan dengan rasuah dan peliwat dan dihukum enam tahun penjara pada tahun 1999 berhubung empat tuduhan rasuah. Dan kemudiannya Anwar dibebaskan pada 2 September 2004 setelah hampir enam tahun menjalani hukuman penjara apabila Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya terhadap sabitan kesalahan meliwat. Kini Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara lima tahun bagi satu lagi sabitan kesalahan meliwat.

Hakikat sebenar-benarnya sokongan Mahathir supaya Anwar dibebaskan adalah berpunca daripada dendamnya untuk menjatuhkan dan menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan memerlukan sokongan daripada PKR serta DAP untuk mencapai matlamat dan agenda politik beliau sendiri.

Mahathir seakan-akan terdesak sehingga sanggup memakai lencana Bebas Anwar sehingga menimbulkan persoalan mengenai pendiriannya dalam isu pembebasan Anwar yang dilaung-laungkan oleh pihak pembangkang termasuklah ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Mahathir sanggup menjilat semula apa yang pernah beliau katakan sebelum ini. Mahathir sanggup melakukan apa sahaja demi melihat Mukhriz anaknya menjadi Perdana Menteri sekaligus mendapatkan sokongan daripada PKR dan DAP terhadap Parti PPBM.

Kesimpulannya Mahathir akan berubah-ubah pendiriannya terhadap isu liwat Anwar Ibrahim mengikut keperluan semasa dan melakukan apa sahaja demi lonjakan politiknya.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya

Comments