Baru-baru ini Pakatan Harapan telah melancarkan logo baru gerombolan berkenaan sebagai persiapan menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) Ke-14. Logo berkenaan… melambangkan keadaan Pakatan yang sememangnya tidak mempunyai harapan. Sebabnya adalah seperti berikut:
1. Logo berkenaan hanya mengubahsuai logo yang telah dicadangkan oleh Rafizi sebelum ini walaupun Pakatan Harapan mampu membayar pereka-pereka bagi membuat logo di samping mendapat pelbagai cadangan.
2. Logo yang dicadangkan oleh Rafizi pun pada asalnya tidak memberikan inspirasi. Oleh itu, bila logo sedia ada diubahsuai daripada logo yang tidak berinspirasi, hasilnya sudah tentu tidak memberikan inspirasi.
3. Warna logo ini jelas mengambil inspirasi dari warna merah logo PPBM. Perkara itu bukanlah pelik… sehinggalah kita mengambil kira bahawa warna PPBM itu sendiri meniru UMNO.
4. Pemilihan font yang tidak 'propotionate' menimbulkan perasaan bahawa Pakatan Harapan adalah tidak konsisten dan tidak kukuh. Selain itu 'A' berbentuk roket di tengah-tengah menjejaskan estetik logo.
5. Logo Roket yang besar di tengah-tengah jelas menunjukkan bahawa DAP adalah paling besar di dalam Pakatan Harapan. Mungkin ada yang mengatakan bahawa logo ‘Star Trek’ itu sebenarnya adalah berdasarkan Logo PAN. Tetapi PAN adalah parti di bawah naungan DAP.
Tapi, seperti kata orang, biarlah, asalkan mereka bahagia. Lagipun, semua tau bahawa tidak kira apa pun logo yang dipakai, Pakatan diketuai oleh DAP dan Pakatan tiada harapan di dalam PRU Ke-14.
Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya
Comments
Post a Comment