INI BARU PERMULAAN, HEBAT SUNGGUH MAINAN POLITIK MAHATHIR, KINI PH DALAM GENGGAMANNYA!




Perlantikan Dr Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan adalah satu keputusan yang mengejutkan semua, lebih-lebih lagi penyokong-penyokong Pakatan Harapan dan Otai Reformasi yang anti Mahathir. Semestinya keputusan ini menyebabkan ramai pihak tidak berpuas hati dengan perlantikan mahupun pemilihan ini yang dibuat bagaikan meludah ke langit dan terkena muka sendiri. Sia-sia perjuangan pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan AMANAH yang mencorakkan Pakatan Harapan dan kini ianya dirampas oleh diktator paling lama di Malaysia bernama Dr. Mahathir.

Pucuk pimpinan PH memutuskan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Ketua Umum PH. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula sebagai pengerusi pakatan pembangkang itu. Pengumuman ini dibuat sendiri Dr Mahathir selepas Mesyuarat Majlis Presiden PH yang berlangsung lima jam di ibu pejabat PKR di sini, semalam.

Dalam pada itu, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik Presiden PH. Timbalan Presiden PH pula adalah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBTM), Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu. Menurut Dr Mahathir juga, pelantikan berkenaan diputuskan sebulat suara empat parti gabungan PH iaitu PKR, DAP, PAN dan PPBM.

Berdasarkan perlantikan ini, walaupun Anwar dilantik sebagai Ketua Umum PH dan punya kuasa tapi Anwar terikat kerana berada di dalam penjara dan semestinya tidak berupaya untuk mengawal PH. Oleh itu, dalam hal ini Pengerusi lah yang akan mengendalikan PH. Tidak musathil PH akan dikawal dan dikendalikan oleh Dr Mahathir mengikut acuannya sendiri dan mengikut rentaknya.

Siapa tidak kenal dengan Dr Mahathir, seorang diktator yang memerintah Malaysia selama 22 tahun, mana mungkin Dr Mahathir mahu mengikut kata-kata pemimpin PH yang lain bila dia sudah berada di atas PH. Semestinya Dr Mahathir akan menggunakan sepenuh kuasanya untuk mengawal dan mencorakkan PH mengikut caranya. Jangan hairan dan terkejut apabila Dr Mahathir bertindak ala-ala firaun seperti mana dia lakukan semasa berkuasa ketika menjadi PM dahulu.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila ''like'' atau ''follow'' halaman Malayan News.


Comments