DAP dan Pakatan Harapan sekarang ini ghairah mahu mendapatkan Johor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. Mereka mahu memastikan pilihan raya umum ke1-4 Johor akan berada dalam tangan mereka sekaligus menakluk Johor.
Semua orang tahu inilah angan- angan Mat Jenin Lim Kit Siang dan DAP yang selama ini bercita-cita besar mahu menawan Johor. Pemimpin dictator 51 tahun DAP ini pernah berkata sebelum ini jika kita mahu menawan Malaysia maka kita seharusnya bermula dan berakhir dengan Johor.
Kini Johor adalah negeri yang terkaya di Malaysia dan ia merupakan destinasi pelaburan nombor satu di Malaysia dan begitu besar pembangunan dan kemajuan yang pesat berlaku di Johor. DAP hanya mahukan negeri yang kaya sahaja agar dapat memberikan pulangan dan manfaat kepada mereka. Ianya sama seperti Pulau Pinang begitu juga dengan Johor. DAP mahu menawan dan mengambil alih Johor sebagaimana yang dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang.
Kita semua tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh DAP terhadap Johor jika mereka berjaya menawan dan mengambil alih Johor. Bukan mustahil Johor juga akan menjadi seperti Pulau Pinang jika DAP berjaya menguasai Johor. Lihat sahaja apa sudah jadi dengan Pulau Pinang. Hutang kerajaan negeri Pulau Pinang semakin meningkat, tanah habis digadai dan dijual, para pelabur hilang kepercayaan dan kilang tutup, rakyat hilang pekerjaan, gerai-gerai dan rumah-rumah orang Melayu dirobohkan dan dimusnahkan. Bahkan DAP juga sudah mempunyai perancangan hendak jadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri Kristian jika DAP terus berkuasa dan memerintah dengan lebih lama lagi.
Bagi DAP, Johor perlu menjadi seperti Pulau Pinang yang lebih brsifat terbuka dalam beragama, bersosial dan memiliki fahaman chauvinis kerana ia berjiran dengan negara abang besar DAP iaitu Singapura.
Bangsa Johor seharusnya sedar mulai sekarang DAP dan Pakatan Harapan akan berusaha dan sanggup melakukan apa sahaja demi menawan Johor. Begitu juga dengan pemimpin dan seluruh anggota UMNO di Johor seharusnya terus mempertahankan negeri Johor yang merupakan negeri di mana UMNO dilahirkan, pada pilihan raya umum akan datang.
Kesimpulannya kita seharusnya memastikan Lim Kit Siang dan Pakatan Harapan kalah di Johor.
Semua rakyat Johor seharusnya bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi kubur kepada Lim Kit Siang dan Pakatan Harapan. Kita sebagai rakyat Johor perlulah memastikan Johor akan terus menjadi simpanan tetap Barisan Nasional.
Terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa membaca artikel ini. Untuk mendapat artikel-artikel terkini, sila ‘like’ atau‘follow’ halaman FB Malayan News.
Comments
Post a Comment