DAP BESAR KEPALA ENGGAN LAKUKAN PEMILIHAN CEC




DAP adalah sebuah parti yang besar kepala dan degil kerana tidak mahu mengadakan pemilihan semuala Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) walaupun telah diarah oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Parti DAP seharusnya menghormati undang-undang negara sekiranya mahu menjadi sebuah parti yang hebat dan dihormati rakyat. Tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan besar kepala dan keras kepala kerana keengganan parti berkenaan untuk tidak mengadakan pemilihan semula CEC itu yang boleh memberikan pengaruh negatif kepada parti lain. Kita semua tertanya-tanya apa masalah parti DAP sehingga besar kepala enggan melakukan semula pemilihan CEC sedangkan undang-undang yang ditetapkan oleh RoS itu telah pun dipersetujui dalam Parlimen yang turur dihadiri oleh mereka. Tetapi mengapa mereka DAP tidak mahu mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh RoS? Apa masalah DAP sebenarnya?

Kalau DAP mahu menjadi hero dalam Pakatan Harapan sekalipun, mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dan bukannya mengamalkan dasar dan konsep cakap lain buat lain. DAP nak jadi hero sekalipun adakan sekali lagi pemilihan semula CEC kerana RoS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil daripada pemilihan semula pada 29 September 2013 yang tidak sah dari segi undang-undang.

Kesimpulannya DAP jangan tunjuk besar kepala, DAP seharusnya mengikut segala undang-undang yang telah ditetapkan oleh RoS. Kalau mahu jadi hero sekalipun, jangan langgar udang-undang.

Belum lagi menang dalam Pilihan Raya sudah tunjuk besar kepala, sebaliknya kalau menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 sudah tentu lagi besar kepala DAP sehinggakan undang-undang pun boleh dipijak-pijak oleh parti berkenaan.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya.

Comments