AMANAH adalah serpihan individu-individu yang dulunya berada dalam PAS tetapi setelah mempunyai masalah moral dan mereka ini adalah golongan yang kecewa kerana tidak mendapat tempat dalam PAS. AMANAH adalah sebuah parti celup yang tidak akan kekal lama dan parti ini sememangnya parti yang dikutip dan diternak oleh DAP melalui pembiayaan dana. AMANAH diternak dengan harapan lebih ramai orang Melayu akan mengundi dan menyokong Pakatan Haraoan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Apa sahaja isu yang membabitkan DAP membuktikan kepada masyarakat umum mengenai hakikat bahawa Amanah adalah sebuah parti politik yang diisi oleh segerombolan manusia yang tidak ada kemampuan dan kredibiliti berhujah secara intelektual tetapi mereka ini hanya tahu menghentam, menyerang dan menggunakan bahasa kasar untuk menyerang mana-mana individu ataupun sesiapa sahaja yang menyentuh DAP.
Pemimpin AMANAH sangat terkehadapan dalam mempertahankan para pemimpin DAP, belum sempat mana-mana pemimpin DAP menjawab apa-apa kritikan yang diberikan ke atas mereka, para hulubalang AMANAH sudah pun keluar berpencak silat di gelanggang bagi menepis kritikan terhadap DAP.
Pemimpin AMANAH kuda tunggangan DAP kerana tindak tanduk mereka dan tindak tanduk pemimpin DAP sendiri memperlihatkan bahawa pemimpin AMANAH diperkudakan oleh pemimpin DAP.
Pemimpin DAP lah yang memberikan nyawa kepada AMANAH melalui pelbagai sama ada melalui saluran parti atau Kerajaan Pulau Pinang yang dimiliki DAP. Bahkan taktik DAP memperkudakan AMANAH untuk kepentingan peribadi dan politik DAP ini pernah diakui oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sendiri. Kenyataan Lim Kit Siang ini menunjukkan bukti bahawa liciknya strategi DAP untuk mempergunakan dan memperkudakan AMANAH.
Buktinya DAP turut memberikan jawatan kepada Presiden PAN, Mat Sabu walaupun telah berhenti daripada jawatan Pengarah di Jabatan Air Pulau Pinang kerana tuntutan perubatan yang tidak masuk akal, tetapi Mat Sabu telah dijadikan Pengarah di agensi kerajaan Pulau Pinang, PIHH Sdn Bhd, ataupun lebih dikenali sebagai Halal Penang. Ini jelas menunjukkan Mat Sabu tetap dibiayai oleh Rejim DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng.
Lihatlah gaji dan elaun PAN dibiayai oleh DAP. Agak-agaknya berapakah elaun PAN sebenarnya dan apakah faedah-faedah lain yang PAN nikmati selain elaun yang diterima? Persoalan utama yang belum terjawab apakah fungsi Halal Penang? Adakah fungsi Halal Penang menghalalkan perbuatan Lim Guan Eng? Sampai begitu sekali periuk nasi PAN dijaga oleh DAP.
Kesimpulannya Lim Guan Eng dan DAP hanya memperkudakan dan mempergunakan PAN bagi meraih sokongan dan undian daripada orang Melayu. PAN pula sanggup menjadi kuda tunggangan DAP kerana termakan dedak rejim DAP ini.
Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News.
Comments
Post a Comment