POPULARITI ANWAR TERUS SUGUL DI KALA RAKYAT SEDIH MENGENANGKAN NASIB PULAU PINANG


Program Himpunan Bebas Anwar, dengan lilin tertera perkataan 1,000 hari Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara, dinyalakan di Dataran Merdeka malam kelmarin nampak sugul dan tidak mendapat sambutan orang ramai. Di samping itu, majlis itu dihadiri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail isteri Anwar dan pemimpin Pakatan Harapan lain ketika Pulau Pinang dilanda krisis bencana banjir paling teruk dalam sejarah negeri Pulau Pinang.

Menurut Wan Azizah dalam ucapan pada program tersebut, beliau menegaskan bahawa apa yang mereka lakukan itu merupakan satu pelaburan masa hadapan. Benarkah program seumpama ini adalah satu pelaburan buat rakyat? Mana mungkin seorang tahanan penjara dikatakan sebagai satu pelaburan. Terimalah hakikat sebenar bahawa program ini bukanlah satu pelaburan yang bermanfaat dan ianya amat tidak berbaloi kerana tidak mendatangkan faedah langsung. Mengapa ianya dikatakan tidak berfaedah? Jawapannya amat mudah kerana program ini dianjurkan pada waktu yang salah ketika rakyat sedih mengenangkan nasib buruk negeri Pulau Pinang yang dilanda bencana banjir paling dasyat. 

Pendek kata, lagipun Anwar Ibrahim juga sudah disabitkan kesalahannya dan perlu menghabiskan hukumannya itu, jesteru tidak perlu bagi mereka untuk mengadakan perhimpunan ini. Lebih baik jika, hadirin yang hadir pada program ini memberi sumbangan dan bantuan yang sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir berbanding terpekik terlolong dalam program himpunan seumpama itu. Wan Azizah pula sepatutnya mengetepikan dahulu program ini dan mendahulukan rakyat kerana tanggungjawab itu lah yang perlu diutamakan oleh seorang wakil rakyat!

Comments